Wednesday, September 25, 2013

Sebab.

Sebab;
Aku makin kuat,
Tidak seperti dulu,
Tidak selemah agar-agar laici lagi.

Sebab;
Aku makin pentingkan diri,
Penat jadi orang baik,
Asyik dibuli dan diperalat.

Sebab;
Mungkin musuh celaka yang bergelar teman,
Banyak memberi pengajaran,
Jangan sentiasa tunduk.

Sebab;
Lihatlah kini,
Aku bangkit,
Alhamdulilah.

Friday, May 10, 2013

Perintis, mungkin.

Takkala semua dah berehat, diri ini masih bertungkus-lumus.
Nak kejar impian bukan semudah seperti nak makan nasi goreng atau nak ikat rambut.
Kiri kanan, semua dah lepas.
Cuma diri ini yang masih terpinga-pinga.

Peluang sudah ada, cuma tunggu masa sahaja nak menyinar.
Tunggu masa sahaja nak menggembirakan hati kedua-dua yang banyak memberi jasa.
Paling penting, tunggu masa sahaja nak buktikan pada semua.
Hanya Dia yang tahu, betapa berlikunya jalan hidup ini.

Tenangkan otak, motivasikan diri, segarkan mata.
Lupakan keseronokan, hanya untuk sementara.
Nak berjaya, usaha kena lebih, kena berganda-ganda.
Bak kata si tua, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Assalamualaikum.